Bertengkar dengan isteri, orang lain jadi mangsa

Tindakan cuba melarikan diri selepas pertengkaran dengan isteri menyebabkan suspek bertindak luar batasan apabila melanggar sebuah motosikal.
Tindakan cuba melarikan diri selepas pertengkaran dengan isteri menyebabkan suspek bertindak luar batasan apabila melanggar sebuah motosikal.
A
A
A

RAWANG - Tindakan cuba melarikan diri selepas pertengkaran dengan isteri menyebabkan suspek bertindak luar batasan apabila melanggar sebuah motosikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 18 saat yang tular di media sosial pada Khamis.

Beliau berkata, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego, seterusnya bertindak melarikan diri dari tempat kejadian.

Kata beliau, hasil siasatan dijalankan mendapati kejadian itu berlaku pada Rabu jam 3.30 petang di Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, dekat sini.

"Kejadian berlaku semasa pemandu kereta hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

"Mangsa yang pada masa itu berada di tempat kejadian cuba menghalang pemandu kereta, namun dia telah dirempuh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Video memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego.
Video memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego.

Noor Ariffin berkata, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian siku, tangan serta kaki.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Agilan Iswaran di talian 019-5230801 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!