Apa masalahnya jika guna loghat Sabah

Gambar hiasan 123rf.
Gambar hiasan 123rf.
A
A
A

MERAK Jalanan sakit hati melihat satu klip video yang tular di media sosial memaparkan seorang gadis menghina penggunaan bahasa Melayu pemuda dari Sabah baru-baru ini.

Dalam video tersebut, jelas memaparkan gadis berkenaan memperlekeh dan merendah-rendahkan dialek pemuda berkenaan.

Katanya, dia langsung tidak memahami sepatah perkataan yang keluar daripada mulut pemuda tersebut ketika kedua-duanya sedang bersiaran langsung di platform media sosial.

Lebih menjengkelkan apabila gadis tersebut mengajuk percakapan pemuda berkenaan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Bagi Merak Jalanan sendiri, situasi ini amat memalukan kerana negara sudah merdeka lebih 60 tahun, namun masih ada segelintir individu yang tidak tahu loghat Sabah.

Merak Jalanan percaya dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, loghat Sabah bukan lagi asing.

Ini kerana ramai selebriti atau orang kenamaan dari negeri di bawah bayu itu menggunakannya ketika berkomunikasi atau muncul dalam program-program hiburan di kaca televisyen.

Sebagai contoh, Stacy, Kumpulan Zero, MK daripada kumpulan K-Clique dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin antara individu yang menggunakan loghat Sabah ketika berbicara.

Artikel Berkaitan:

Apa pun, loghat Sabah dan loghat-loghat lain di setiap negeri inilah yang menjadikan Malaysia sebuah negara unik dan istimewa.

Kita sepatutnya meraikan keunikan bukannya memperlekehkan kepelbagaian.

Bercakap mengenai loghat Sabah, Merak Jalanan kagum dengan penguasaan loghat Sabah dipamerkan Datuk Seri Eizlan Yusof dan Johan Raja Lawak.

Eizlan dan Johan, kedua-duanya ‘mimang campin’ (memang champion) cakap Sabah!