35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000

Ahli dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatatkan peratus terendah dengan 2.0 peratus atau pun hanya 4,877 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion - Gambar hiasan, gambar kecil: Steven Sim - Foto: Bernama
Ahli dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatatkan peratus terendah dengan 2.0 peratus atau pun hanya 4,877 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion - Gambar hiasan, gambar kecil: Steven Sim - Foto: Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 35 peratus atau 94,827 orang ahli dengan jumlah simpanan RM246.1 juta.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, ahli dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatatkan peratus terendah dengan 2.0 peratus atau pun hanya 4,877 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion.

"Setakat 1 Januari 2023, sebanyak 274,715 ahli KWSP berumur 54 tahun atau pun 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli KWSP (15.7 juta) dengan jumlah simpanan mereka bagi yang berumur 54 tahun itu adalah sebanyak RM35.72 bilion,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sim berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-Amanah) mengenai pecahan jumlah simpanan ahli KWSP yang berumur 54 tahun pada 1 Januari 2023.

Sementara itu, sebanyak 8.0 peratus ahli KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan sebanyak RM10,001-RM20,000, diikuti dengan RM20,001-RM50,000 (13 peratus), RM50,001-RM100,000 (12 peratus) RM100,001-RM200,000 (13 peratus), RM200,001-RM500,000 (13 peratus) dan RM500,001-RM1juta (4.0 peratus). - Bernama
Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!