Melaka agih hampir dua juta peket minyak masak subsidi

Seah Choo Chin ketika menjawab soalan tambahan ADUN Taboh Naning ketika Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Rabu.
Seah Choo Chin ketika menjawab soalan tambahan ADUN Taboh Naning ketika Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - sebanyak 1,961,000 peket minyak masak bersubsidi diagihkan di bawah program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS) bagi memenuhi keperluan seramai satu juta rakyat di negeri ini pada setiap bulan.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Seah Choo Chin, berkata, sepatutnya kuota yang diberikan di bawah ECOSS mencukupi untuk keperluan isu rumah masyarakat terutama golongan B40.

"Maklumat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kuota minyak masak peket 1 kilogram (kg) di bawah program itu sebanyak 1,961 tan metrik sebulan.

"Jika didarab setahun, ada 23 juta tan metrik seharusnya dapat memenuhi keperluan rakyat kerana minyak peket bersubsidi itu digunakan bagi pengguna isi rumah," katanya ketika menjawab soalan tambahan yang diberikan Zulkiflee Mohd. Zin (BN-Taboh Naning) ketika Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Rabu.

Zulkiflee sebelum itu bertanyakan mengenai kuota agihan minyak masak peket di Melaka setiap bulan kerana masih sukar didapati sehingga kini.

Seah Choo Chin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang berkata, minyak peket yang bersubsidi tidak sepatutnya digunakan bagi tujuan komersial seperti yang banyak berlaku pada hari ini.

"Kita tahu ramai pengguna komersial beli tapi kita tidak halang terus terang, sepatutnya kuota minyak itu mencukupi untuk rakyat B40 di Melaka," katanya lagi.

Artikel Berkaitan: