Jangan kita terikut-ikut buat kerja gila!

Kisah bayi pramatang maut selepas didakwa dijadikan kandungan untuk media sosial baru-baru ini memang mengejutkan. - Foto media sosial
Kisah bayi pramatang maut selepas didakwa dijadikan kandungan untuk media sosial baru-baru ini memang mengejutkan. - Foto media sosial
A
A
A

KISAH bayi pramatang maut selepas didakwa dijadikan kandungan untuk media sosial baru-baru ini memang mengejutkan.

Menurut media antarabangsa, petugas di sebuah klinik di Jakarta, Indonesia dengan beraninya menjalankan sesi penggambaran bayi seberat 1.5 kilogram itu tanpa pengetahuan keluarganya.

Meskipun tragedi tersebut berlaku di negara seberang, isu itu perlu diambil iktibar rakyat negara ini.

Kita semua perlu cakna, sekurang-kurangnya miliki pengetahuan asas dalam soal penjagaan bayi.

Berdasarkan tragedi itu, masyarakat perlu faham mengapa bayi pramatang perlu diletakkan di dalam inkubator khas.

Dalam satu penulisan khas Healthline, laman perubatan itu berkata, terdapat beberapa sebab utama.

Paling signifikan, bayi tak cukup bulan memerlukan masa untuk 'menstabilkan' paru-paru dan organ penting lain.

Mata dan gegendang telinga mereka sangat sensitif sehingga cahaya dan bunyi akan menyebabkan kerosakan kekal.

Artikel Berkaitan:

Kedua, ia berkaitan dengan masalah pernafasan. Cecair atau meconium (di dalam paru-paru) si kecil ini boleh menyebabkan jangkitan dan ketidakupayaan untuk bernafas dengan baik.

Paru-paru bayi yang baru lahir juga biasanya tidak matang dan tidak berkembang sepenuhnya dan memang memerlukan pemantauan serta oksigen tambahan.

Healthline juga menyatakan, inkubator ibarat 'rahim kedua' buat malaikat kecil itu. Selain mengurangkan jangkitan kuman, alatan tersebut membantu mengurangkan jaundis.

Sementara itu, WebMD berkata, jika si ibu menghidap diabetes semasa hamil, bayi mereka boleh 'disimpan' dalam keadaan hangat bagi memantau gula dan darah mereka.

Satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu, walaupun bayi dilahir cukup bulan, tetapi miliki saiz tubuh sangat kecil, golongan itu mungkin tidak dapat kekal hangat tanpa bantuan tambahan yang ditawarkan oleh inkubator.

Dari sudut lain, inkubator boleh menawarkan persekitaran yang selamat seandainya bayi mengalami trauma pada saat dia dilahirkan.

Kesimpulannya, inkubator merupakan instrumen penting dari aspek perubatan. Mudah kata, ia menyediakan persekitaran terkawal untuk bayi pramatang atau yang sakit.

Dalam satu kajian pada tahun 2008 menunjukkan, risiko kemurungan adalah dua hingga tiga kali lebih rendah untuk kanak-kanak berumur 21 tahun yang telah berada dalam inkubator semasa lahir.

Justeru, sebelum berbuat sesuatu, fikir dulu impaknya terlebih dulu. Jangan buat kerja gila!