Warga emas meninggal dunia ketika tolak motosikal rosak

Keadaan lokasi ketika mangsa ditemukan terjatuh dan meninggal dunia ketika menolak motosikalnya yang rosak.
Keadaan lokasi ketika mangsa ditemukan terjatuh dan meninggal dunia ketika menolak motosikalnya yang rosak.
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang warga emas meninggal dunia ketika sedang menolak motosikalnya yang rosak berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP ) Gong Badak di sini, pada Selasa.

Lelaki berusia 65 tahun itu dipercayai mengalami serangan jantung ketika menolak motosikalnya kira-kira jam 1 tengah hari.

Saksi kejadian, Siti Nur Fazwanie Bukhari, 28, berkata, dia melihat mangsa menolak motosikalnya seorang diri ketika melalui jalan di pintu belakang ILP berkenaan sebelum mangsa jatuh di tepi jalan bersama motosikalnya.

"Lepas nampak dia terjatuh dan tidak bergerak, saya segera menelefon ambulans," katanya.

Menurut Siti Nur Fazwanie, pegawai perubatan yang tiba di lokasi tersebut mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh di Kampung Bukit Berangan dalam perjalanan pulang ke rumahnya untuk makan tengah hari bersama keluarga.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, siasatan awal ke atas mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ ) di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya.