Kedah peruntuk RM13.3 juta perkasa Majlis Ketua Kampung

Chia Zhen
Chia Zhen
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah memperuntukkan dana sebanyak RM 13.3 juta untuk memperkasakan institusi Majlis Ketua Kampung (MKK).

Exco Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India dan Siam serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah, Wong Chia Zhen berkata, pemerkasaan itu dibuat menerusi penambahan jumlah bilangan MKK daripada 1,025 kepada 1,240, termasuk kampung baharu Cina.

"Selama ini, bab kampung baharu ini hanya disebut di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan ini adalah kali pertama dalam sejarah kerajaan negeri Kedah, MKK diperluaskan kepada kampung-kampung baharu," katanya dalam ucapan penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Selasa.

Menurutnya, usaha itu memperlihatkan sekali lagi komitmen kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan semua kaum.

Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM840,000 untuk Program Integrasi Kaum, termasuk aktiviti dan program kaum bukan Melayu dan juga bantuan kepada Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

"Program-program ini termasuk Tahun Baharu Cina, Pesta Tanglung, Hari Deepavali, Hari Thaipusam, Pesta Songkran dan Pesta Loy Krathung," katanya.

Artikel Berkaitan: