Pembatalan GEG New Zealand utamakan pemulihan ekonomi pasca Covid-19

AGC telah memberi pandangan secara konsisten sejak 2022 bahawa peruntukan berkaitan generasi penamat atau GEG dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di mahkamah. - Gambar hiasan
AGC telah memberi pandangan secara konsisten sejak 2022 bahawa peruntukan berkaitan generasi penamat atau GEG dalam Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam boleh dicabar di mahkamah. - Gambar hiasan
A
A
A

NEW ZEALAND yang sering dijadikan negara contoh bagi Malaysia dalam melaksanakan larangan membeli rokok bagi remaja atau Generational Penamat Rokok (GEG), mencetuskan kegemparan apabila mengumumkan rancangan membatalkan rang undang-undang tersebut.

Walaupun semua pihak cuba berdiplomasi, hakikatnya ialah negara tersebut terpaksa akur bahawa hasil kutipan cukai daripada segmen tembakau lebih penting sekarang untuk ekonomi negara itu.

Ketika semua negara di dunia baharu cuba keluar daripada impak teruk Covid-19, mengenakan larangan itu ini bukan sesuatu yang disifatkan bernas walau bagaimana terdesaknya sesiapa untuk melaksanakan GEG pada masa ini.

Larangan itu, yang digembar-gemburkan sebagai yang pertama di dunia, telah berjanji untuk menghalang generasi akan datang warga New Zealand - sesiapa yang dilahirkan selepas 2008 - daripada membeli tembakau, serta mengurangkan secara drastik bilangan peruncit yang dapat menjual produk tersebut.

Memahami senario di New Zealand, negara itu baharu bertukar kerajaan dengan yang baharu menang iaitu Parti Nationals, diketuai oleh Perdana Menteri Christopher Luxon, kembali berkuasa bersama parti populis New Zealand First dan ACT New Zealand selepas enam tahun pemerintahan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Parti Buruh berhaluan kiri.

Antara janji manifesto parti Nationals ialah mengurangkan cukai pendapatan peribadi, berikutan dasar kempen yang digunakan untuk menarik pengundi berpendapatan sederhana yang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Untuk merealisasikan pemotongan cukai, kerajaan baharu New Zealand kena cari kaedah lain menampung kehilangan hasil.

Maka, GEG yang dipilih untuk dibatalkan kerana hasil cukai sektor tembakau akan banyak membantu perbendaharaan negara.

Artikel Berkaitan:

Keputusan untuk mengutamakan pemotongan cukai berbanding larangan merokok generasi mencerminkan keseimbangan antara keutamaan ekonomi dan matlamat kesihatan awam jangka panjang.

Bagaimanapun, keutamaan ini boleh menyebabkan peningkatan kos penjagaan kesihatan dan menimbulkan kebimbangan mengenai implikasi antara keuntungan fiskal segera serta kesejahteraan penduduk.

Ini menekankan betapa perlunya menganjurkan pendekatan yang lebih seimbang dalam mempertimbangkan masalah ekonomi dan objektif keseluruhan kesihatan awam.

Ia menimbulkan persoalan, mana yang lagi penting antara keuntungan kewangan dan keutamaan kesihatan awam? Tentunya ia mencetuskan konflik dan perdebatan mengenai pendirian etika kerajaan New Zealand.

Ini menunjukkan, betapa pentingnya komunikasi yang telus, memahami impak dari keputusan yang dibuat dan menilai kesan keputusan terhadap hasil ekonomi serta kesihatan keseluruhan.

Kebimbangan berkenaan potensi pasaran gelap adalah munasabah, dengan penarikan sepenuhnya larangan merokok, ia menimbulkan persoalan mengenai strategi dan pendekatan alternatif.

Keperluan untuk meneroka pendekatan dan menilai langkah-langkah alternatif yang dapat mengurangkan risiko kemunculan pasaran gelap serta cabaran yang tidak diingini berkaitan dengan pelaksanaannya dalam usaha membendung amalan merokok.

Advokasi kesihatan awam

Kritikan yang tajam daripada golongan advokasi kesihatan menunjukkan potensi implikasi terhadap kesihatan awam, ia menandakan satu kerugian besar yang boleh meningkatkan kos penjagaan kesihatan.

Kritikan ini menekankan keperluan untuk melaksanakan sistem pemantauan dan penilaian yang dinamik, melibatkan profesional kesihatan dan orang awam untuk mendapatkan pelbagai pandangan untuk implikasi menyeluruh terhadap keputusan tersebut dari semasa ke semasa.

GEG Malaysia

Perkembangan terbaru di New Zealand ini pastinya menimbulkan tanda-tanya mengenai rang undang-undang serupa di Malaysia.

Umum mengetahui GEG sudah menjadi kontroversi disebabkan beberapa kali tidak dapat dibentangkan di Parlimen.

GEG adalah penting demi kesihatan rakyat Malaysia. Namun seperti New Zealand, realitinya ekonomi Malaysia juga bergelut pasca Covid-19 dan berdepan cabaran sekarang. Ini perlu diberi pertimbangan serius.

*Syamsyul Samsudin merupakan Pensyarah Kanan (Kewangan dan Pelaburan) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM (UiTM)