Resolusi kutuk layanan buruk Myanmar terhadap Rohingya

Lebih sejuta pelarian Rohingya menghuni kem sesak di sempadan Bangladesh. - FOTO: AGENSI
Lebih sejuta pelarian Rohingya menghuni kem sesak di sempadan Bangladesh. - FOTO: AGENSI
A
A
A

NEW YORK - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam telah meluluskan resolusi mengutuk pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan terhadap etnik Islam Rohingya dan etnik lain di Myanmar.

Resolusi yang mendapat sokongan 134 negara itu juga mendesak Yangon supaya menghentikan hasutan kebencian terhadap golongan minoriti terbabit.

Dokumen itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap kebanjiran pelarian Rohingya ke Bangladesh sejak lebih empat dekad lalu selepas kekejaman dilakukan pasukan keselamatan Myanmar.

Ia juga mengutarakan laporan misi bebas antarabangsa berhubung pelanggaran hak dan bentuk penindasan lain yang dialami etnik Rohingya dan minoriti lain yang disifatkan sebagai ‘jenayah paling berat di bawah undang-undang’.

Selain itu, resolusi itu juga menggesa Myanmar melindungi kesemua kumpulan dan memastikan keadilan untuk kesemua pelanggaran hak.

Awal bulan lalu, pemimpin Aung San Suu Kyi dikecam masyarakat antarabangsa selepas ikon demokrasi itu menolak tuduhan tentera melakukan genosid terhadap etnik Rohingya ketika beliau memberi keterangan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) di The Hague. - AFP

Artikel Berkaitan: