Konsert Hrithik Roshan Stars On Fire ditangguh

Konsert Bollywood, Stars On Fire yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember ini ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Hrithik Roshan (kiri).
Konsert Bollywood, Stars On Fire yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember ini ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Hrithik Roshan (kiri).
A
A
A

KONSERT Bollywood, Stars On Fire yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember ini ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengumuman itu dibuat oleh pihak penganjur Yess Boss Group menerusi akaun rasmi Facebook mereka.

"Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan bersama penganjur iaitu Yess Boss Groups, Dembi Productions dan Heart Art Entertainment dengan pertimbangan.

“Kami juga sedang berusaha keras untuk mendapatkan tarikh baharu dengan artis.

"Kami memahami kesulitan yang timbul dan memohon maaf atas sebarang gangguan perancangan anda,” ujar wakil Yess Boss Group.

Mengikut perancangan asal, konsert tersebut akan menampilkan aktor popular Bollywood, Hrithik Roshan selaku bintang utama, di samping diva tari, Vaani Kapoor; selebriti tari penuh sensasi, Malaika Arora; penari dan kareografer legenda, Prabhu Deva yang juga dikenali dengan jolokan Michael Jackson India serta Sanya Malhotra.

Dalam kenyataan itu juga, Yess Boss Groups akan mengemaskini proses pembayaran balik dengan kerjasama ejen tiket mereka.

“Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai proses pembayaran bayaran balik, sila hubungi pasukan sokongan pelanggan ejen tiket kami.

Artikel Berkaitan:

"Kami amat menghargai sokongan anda yang tidak berbelah bahagi,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!