Padang Stadium Nasional rosak balik angkara konsert Coldplay?

Tangkap layar keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dikongsikan Tunku Ismail. - Foto Instgram hrhcrownprinceofjohor
Tangkap layar keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dikongsikan Tunku Ismail. - Foto Instgram hrhcrownprinceofjohor
A
A
A

RUMPUT padang Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) dikatakan kembali rosak selepas berlangsungnya konsert kumpulan Coldplay, pada Rabu.

Ia selepas pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar padang stadium tersebut yang kelihatan bertompok akibat kering dan rosak.

Tunku Ismail tidak menulis sebarang kenyataan pada gambar yang dikongsinya itu namun dipercayai ia adalah keadaan terkini padang SNBJ selepas digunakan untuk konsert band berasal dari United Kingdom (UK) itu.

Konsert tersebut mendapat sambutan hangat apabila 75,000 peminat membanjiri SNBJ.

Sebelum ini, rumput SNBJ ditukar daripada rumput Cow Grass kepada Zeon Zoysia apabila Tunku Ismail menjadi pencetus dan penaja utama kepada penukaran rumput itu.

Rumput tersebut digunakan buat pertama kali ketika perlawanan Pestabola Merdeka antara Harimau Malaya dan India yang menyaksikan padang itu mendapat kritikan selepas rosak teruk akibat keadaan rumput yang belum matang.

Namun, ia bertambah baik ketika aksi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang menjadi antara faktor kejayaan Harimau Malaya menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi pembukaan Kumpulan D.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!