Kes dera meningkat di Melaka

Kes penderaan dan kematian termasuk di pusat jagaan di negeri ini merekodkan peningkatan sebanyak 94 kes dari Januari hingga Oktober 2023 berbanding tempoh sama tahun lalu.(Gambar hiasan) - Foto 123RF

A
A
A

MELAKA - Kes penderaan dan kematian termasuk di pusat jagaan di negeri ini merekodkan peningkatan sebanyak 94 kes dari Januari hingga Oktober 2023 berbanding tempoh sama tahun lalu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka merekodkan 117 kes penderaan tahun lalu dan angka itu meningkat pada 211 kes pada tahun ini.

Kalsom ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15, di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.
Kalsom ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15, di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.

Menurut beliau, laporan JKM juga mendapati kecuaian ibu bapa atau penjaga menjadi faktor utama berlakunya kes berkenaan.

"Faktor lain yang menyumbang kepada penderaan termasuk perbalahan keluarga dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

"Namun setakat 31 Oktober lalu, tiada kes penderaan melibatkan kematian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Siti Faizah Abdul Azis (BN-Sungai Rambai) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Ke-15, di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Isnin.

Tambahnya, data yang diperolehi itu hasil laporan dan siasatan daripada pegawai JKM yang turut padang ke lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: