Tidak ada salahnya kalau kita berkira

Gambar hiasan -123RF
Gambar hiasan -123RF
A
A
A

SESETENGAH orang mungkin akan menggelarkan kawan Merak Jalanan ini kedekut, tahi hidung masin atau yang seangkatan dengannya.

Mungkin juga ada yang lebih sinis akan berkata: “Duit bukan boleh bawa mati atau masuk kubur.”Al-kisahnya hanya kerana dia menyimpan kuali usang yang sudah 'senget-benget' namun tetap setia didambakan khidmatnya di dapur Merak Jalanan.

Dia bukanlah tidak ada bajet untuk menggantikan dengan yang baharu. Namun selagi masih elok, dia tidak kisah untuk terus menggunakannya walaupun reka bentuk sudah jauh ketinggalan zaman.

Katanya, walaupun beberapa kali ke pasar raya dan kaki terhenti melihat koleksi periuk belanga hatta kuali berkualiti dengan harga mampu milik dan reka bentuk estetik, tapi selepas lima minit, dia terus angkat kaki.

Apatah lagi, kasih dan sayangnya masih pada kuali yang satu itu. Ada sentimental value sebab ia hadiah arwah emak ketika dia masih menyandang gelaran anak dara.

Seingat Merak Jalanan, ketika itu baru sahaja hendak mendaftar masuk ke sebuah kolej di ibu negara.

Dia bukanlah datang daripada keluarga senang. Hendak membeli peralatan dapur di kota metropolitan, harganya memang jauh lebih mahal.

Jadi, nun jauh dari Perak, kuali itu dikirim oleh emak merentas negeri bagi kegunaan rakan Merak Jalanan di hostel.

Artikel Berkaitan:

Meski 'paras' dan 'rupa' memang sudah tidak sesempurna seperti kali pertama dia menggunakannya 16 tahun lalu, namun kualiti perkhidmatan diberikan tetap tip top, 100 peratus sempurna!

Sebenarnya, sama ada benar-benar berkira atau pun bijak menilai antara kehendak dan keperluan, setiap daripada kita berhak membuat pilihan masing-masing.

Bagi Merak Jalanan, tak salah untuk 'setia' pada yang satu mahupun berbelanja untuk reward diri sendiri! Duit pun memang duit kita.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!