ADUN Sidam dipilih Ketua Pembangkang DUN Kedah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam,Bau Wong Bau Ek
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam,Bau Wong Bau Ek
A
A
A

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam,Bau Wong Bau Ek dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang baharu.

Keputusan itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Zubir Ahmad pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama DUN Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, di sini, pada Ahad.

Bau Wong,56, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggantikan bekas ADUN Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf bagi memegang jawatan itu.

Beliau antara tiga ADUN Pakatan Harapan (PH) yang memenangi tiga kerusi dari 33 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada Ogos lepas.

Beliau menang dengan majoriti 954 undi pada pilihan raya negeri (PRN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam.

Bau Wong mendapat 21,859 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Juliana Abdul Ghani mendapat 20,905 undi.

Bau Wong yang berpengalaman luas dalam bidang politik merupakan Mantan Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Petani dan pernah berkhidmat kepada dua wakil rakyat sejak 2018.

Sebelum ini, beliau membantu Tan Sri Johari Abdul bermula 2018 sehingga 2022 sebagai pewagai khas dan meneruskan khidmat sama kepada Dr Mohammed Taufiq Johari selepas memenangi kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum menamatkan tugas pada 28 Julai 2023 bagi memberi laluan bertanding pada PRN.

Artikel Berkaitan:

Pada PRU14 lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam telah dimenangi Dr Robert Ling Kui Ee mewakili PKR ketika itu dengan majoriti 10,860 namun bertindak keluar parti seterusnya menyokong Perikatan Nasional (PN).