ADUN Pembangkang Kedah mohon peruntukan

Kerajaan negeri dimohon menyediakan peruntukan kepada ADUN pembangkang Kedah. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Bau Wong)
Kerajaan negeri dimohon menyediakan peruntukan kepada ADUN pembangkang Kedah. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Bau Wong)
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri dimohon menyediakan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Kedah.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Bau Wong Bau Ek berkata, peruntukan khas kepada tiga ADUN pembangkang itu akan digunakan bagi program kemasyarakatan dan kebajikan.

Beliau yang juga ADUN Sidam, pemberian peruntukan membolehkan bantuan disalurkan kepada penduduk menghadapi masalah bencana seperti kebakaran, banjir dan ribut.

"Seperti kita sedia maklum, bencana-bencana seperti banjir dan ribut kerap melanda di Kedah sejak akhir-akhir ini.

"Dengan adanya peruntukan sebegini, sekurang-kurangnya kami dapat menyalurkan bantuan segera sebelum tindakan lanjut dan tindakan susulan dapat diambil," katanya ketika membahaskan Bajet 2024 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini pada Isnin.

Beliau yakin peruntukan kepada tiga DUN terbabit tidak akan mengganggu-gugat pentadbiran dan kestabilan kerajaan pada hari ini.

"Semoga kami dapat membantu dan bersama-sama merancakkan pembangunan ekonomi mahupun dalam menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing,"katanya.

Dalam perkembangan sama, Bau Wong turut memohon tambahan peruntukan bagi pengurusan pejabat dan pusat khidmat kepada RM3,000 memandangkan peningkatan ketara kos dalam semua aspek termasuk utiliti.

Artikel Berkaitan:

"Mohon juga agar tunggakan bermula dari bulan Ogos 2023 hingga kini dapat dilunaskan, memandangkan kami menanggung kos yang agak besar selama ini," katanya.