Anwar gesa budaya perkayakan ahli keluarga dihentikan

Anwar menyampaikan ucapan dasar semasa Kongres Nasional PKR 2023 di PICC. - Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan dasar semasa Kongres Nasional PKR 2023 di PICC. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli politik untuk menghentikan budaya memperkayakan ahli keluarga demi kepentingan peribadi.

Beliau berkata, langkah berkenaan perlu dilakukan demi menjaga kepentingan ekonomi dan negara.

Menurutnya, ketika Kerajaan Perpaduan mengambil alih pentadbiran, negara berdepan dengan hutang sebanyak RM1.5 trilion, namun pembangkang sama sekali tidak menjelaskan punca ia begitu tinggi.

“Dia (kerajaan terdahulu) kena terangkan mengapa hutang begitu tinggi dan rencana (rancangan) untuk membayar. RM1.5 trilion hutang dengan defisit ‘membengkak’ kepada 5.6 peratus.

“Dalam perancangan, kita terpaksa tangani permasalahan ini, tidak ada pilihan negara dan ekonomi mesti diselamatkan. Sebab itu, saya kata Perdana Menteri boleh silih berganti tetapi rakyat kekal miskin.

Anwar bersama Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook semasa menghadiri Kongres Nasional PKR 2023 di PICC. - Foto Bernama
Anwar bersama Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook semasa menghadiri Kongres Nasional PKR 2023 di PICC. - Foto Bernama

“Perdana Menteri, isteri, anak-anak dan keluarga kaya raya. Amalan ini mesti dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Anwar turut menzahirkan rasa bangga kepada barisan kepimpinan di blok kerajaan yang berani menghentikan budaya tersebut.

“Saya berbangga kepada rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan jemaah menteri, ketua menteri dan primer dan kerajaan negeri yang mengambil sikap lebih berani menghentikan amalan ini,” ujarnya.

Anwar menyampaikan ucapan dasar semasa Kongres Nasional PKR 2023 di PICC. - Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan dasar semasa Kongres Nasional PKR 2023 di PICC. - Foto Bernama

Menurutnya, kerajaan perlu memperbetulkan masalah berkaitan tatakelola demi membela nasib rakyat.

Dalam pada itu, beliau mendakwa pembangkang begitu anti dengan dua perkataan yang sering kerajaan perkatakan iaitu tatakelola dan rasuah.

“Ini aneh, sepatutnya pembangkang paling keras menuntut tatakelola dan anti rasuah.

“Tetapi hari ini pembangkang paling takut bicara mengenai tatakelola dan rasuah kerana ramai dalam kalangan mereka yang terpalit dengan masalah berkenaan,” ujarnya.