'Jadi kerajaan bukan untuk bermewah-mewah' - Ketua Wanita PKR

Fadhlina menyampaikan ucapan dasar di hadapan perwakilan sewaktu Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Fadhlina menyampaikan ucapan dasar di hadapan perwakilan sewaktu Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pada Sabtu. - FOTO SINAR HARIAN/ ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek mengingatkan kepada semua perwakilan parti itu, supaya mengelak daripada bersikap bermewah-mewah setelah diangkat menjadi kerajaan.

Sebaliknya, kata beliau, mereka semua perlu terus mengamalkan sikap bersederhana dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Benar, kita adalah kerajaan, tetapi ia bukan alasan untuk kita bermegah.

“Saya sendiri menginsafi penuh tanggungjawab menjadi sebahagian anggota kabinet Malaysia dan Ketua Wanita Keadilan khususnya. Ia benar-benar taklif (pembebanan) yang berat,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Wanita PKR di Dewan Perdana di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fadhlina turut menyeru kepada kepimpinan hari ini untuk mengisi perjuangan menangani segala faktor penyebab kemiskinan.

“Malah kesempatan memimpin negara ketika ini adalah kesempatan kita merubah nasib rakyat dan golongan miskin yang tertindas,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, pemerintah sekarang komited untuk menoktahkan kemiskinan.

Ini katanya, boleh dilihat melalui tumpuan kepada membaiki prasarana sekolah daif dan klinik daif.

Artikel Berkaitan:

“Selain pelaksanaan jualan rahmah, skim perubatan madani, peluasan akses pendidikan dalam konteks pendidikan manusiawi, mengurus kemiskinan multi dimensi.

“Bantuan awal persekolahan untuk semua pelajar, peluasan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) pastinya yang sedaya upaya memenuhi tanggungjawab mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua wanita PKR yang telah bertungkus-lumus dan bekerja keras memenangkan semua calon parti itu sehingga menjadi kerajaan pada hari ini.

“Jangan ada yang merasa kecil dan terpinggir, kerana tanpa kalian, tiada menteri pendidikan, tiada menteri kesihatan dan yang lain-lain.

“Kerana kalian lah yang telah memimpin perubahan, kalian lah navigator merubah haluan negara, kalian lah pendukung reformasi sejati,” katanya.