Kakitangan kaunter perlu mesra pelanggan

A
A
A

Mohd Na'im (tengah) bergambar bersama peserta Bengkel Etika dan Pengurusan Kaunter Berkualiti 2023 di Hotel Tamu pada Khamis.
Mohd Na'im (tengah) bergambar bersama peserta Bengkel Etika dan Pengurusan Kaunter Berkualiti 2023 di Hotel Tamu pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Sibuk berbalas WhatsApp dan tidak mesra pelanggan merupakan antara perkara yang dikesan melibatkan kakitangan di sebuah agensi kerajaan semasa lawatan mengejut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Menurutnya, lawatan mengejut itu dilakukan bagi melihat sendiri kualiti perkhidmatan agensi di bawah kementeriannya.

Selain itu, antara kelemahan lain yang dikesan termasuk tabiat memakai selipar ketika keluar masuk pejabat.

"Petugas kaunter memainkan peranan penting yang mencerminkan imej dan gambaran pertama orang awam terhadap sesuatu agensi.

" Jika tidak melayan pelanggan dengan cara sepatutnya, ia akan beri kesan besar kepada imej agensi berkenaan, " katanya pada Bengkel Etika dan Pengurusan Kaunter Berkualiti 2023 di Hotel Tamu pada Khamis.

Tambahnya, bengkel tersebut diadakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan barisan hadapan.

Artikel Berkaitan:

Seramai 200 kakitangan terdiri pegawai daripada MAIWP dan 13 agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menghadiri bengkel berkenaan.

MOHD NA’IM
MOHD NA’IM

Mengulas lanjut mengenai lawatan mengejut tersebut, Mohd Na’im menyatakan ia bukanlah untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi hanya untuk memastikan tahap profesionalisme kakitangan kaunter.

"Terjahan tersebut bukan menggambarkan secara keseluruhan, ada juga agensi yang profesional dan menjalankan tugas dengan baik di kaunter.

“Mungkin ada satu dua orang yang bermasalah, cuma saya mahu pastikan mereka yang diberikan amanah bertugas di kaunter dapat memainkan peranan yang penting," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bengkel tersebut merupakan langkah terbaik untuk meningkat serta memperbaharui amanah dan tanggungjawab yang dipikul para petugas barisan hadapan sesebuah agensi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!