Kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 2,305

Jangkitan Covid-19 meningkat kepada 2,305 kes pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) berbanding 1,801 kes minggu sebelumnya. - Gambar hiasan
Jangkitan Covid-19 meningkat kepada 2,305 kes pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) berbanding 1,801 kes minggu sebelumnya. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Jangkitan Covid-19 meningkat kepada 2,305 kes pada Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) berbanding 1,801 kes minggu sebelumnya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan peningkatan yang direkodkan itu adalah sebanyak 28 peratus.

ME 46/2023 merujuk kepada tempoh 12 sehingga 18 November.

Menurut kementerian itu, kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk pesakit yang disyaki ke fasiliti kesihatan menurun kepada 2.0 peratus bagi setiap 100,000 penduduk.

"Pengisian katil unit rawatan rapi (ICU) pula adalah 0.4 peratus bagi tempoh sama manakala peratus pengisian katil bukan kritikal Covid-19 pula adalah sebanyak 0.7 peratus," katanya pada Khamis.

Ujar KKM, sebanyak 21 varian Omicron baharu dilaporkan yang terdiri daripada 20 kes varian membimbangkan (VOC) dan satu kes varian yang perlu mendapat perhatian (VOI).

"Sehingga kini sebanyak 785 kumulatif kes 'currently circulating' VOI iaitu XBB.1.16, XBB.1.5, dan EG.5 dikesan yang terdiri daripada 783 kes tempatan dan 2 kes import," kata KKM.

Pecahan kes merangkumi 143 di Sarawak, Selangor (136), Kuala Lumpur (119), Melaka(117), Johor (59), Kedah (52), Pulau Pinang (37), Terengganu (24), Sabah (23), Kelantan (21), Negeri Sembilan (16), Perlis (12), masing-masing sembilan kes di Perak dan Putrajaya serta lapan kes di Pahang.

Artikel Berkaitan: