Polis tahan 21 individu
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menahan seramai 21 individu disyaki terlibat sindiket pinjaman tidak wujud dan mengedar dadah di sekitar Lembah Klang, pada Selasa lepas.
Kesemua suspek berusia 17 sehingga 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah teres di Kajang dan lapan premis kondominium di Batu 9, Cheras di sini.
Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, serbuan pada 2.30 petang hingga 9.30 malam itu dijalankan sepasukan anggota dan pegawai JSJK Bukit Aman dan JSJK Selangor.
Beliau berkata, sindiket itu memperdayakan mangsa dengan menawarkan pinjaman tidak wujud dengan menghubungi mangsa menerusi telefon atau menghantar pesanan WhatsApp kepada mangsa bagi urusan pinjaman.
“Mangsa yang ingin memohon pinjaman akan diarahkan membuat pembayaran caj dokumen perjanjian pinjaman beserta cop Lembaga Hasil Dalam Negeri berdasarkan amaun pinjaman yang dipohon mangsa dalam beberapa akaun bank atas nama individu,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ Health, di sini, hari ini. - Bernama
PN kini dalam 'panik mode' terpaksa guna isu perkauman - Fahmi
Kami perlu masa bentuk keserasian - Sarjit
Pokok bersaiz dua pemeluk hempap rumah, dua beradik cedera ringan
Madinah dilanda bah teruk
ADUN Sungai Bakap ditidurkan, komplikasi di bahagian perut
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus mulai Disember ini - PM
'Saya rasa penjawat awam terkejut' - TPM