Sukarelawan perubatan Indonesia di Gaza sedia berpindah

Seorang lelaki Palestin memeriksa kerosakan di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza. - Foto AFP
Seorang lelaki Palestin memeriksa kerosakan di Beit Lahia di utara Semenanjung Gaza. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Kementerian Luar Indonesia pada Rabu mengumumkan tiga rakyatnya di Hospital Indonesia di Gaza Utara sedang membuat persiapan untuk berpindah ke selatan Gaza.

Jurucakap kementerian itu berkata, sumber mereka di Gaza memaklumkan tiga individu itu, yang merupakan sukarelawan Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan berada dalam keadaan baik.

"Mereka sedang bersiap sedia untuk berpindah ke selatan Gaza dan kami akan terus memantau keadaan mereka,” kata Lalu Muhammad Iqbal dalam satu kenyataan.

Pada Isnin, kementerian melaporkan terputus hubungan dengan tiga rakyat yang memilih untuk kekal di Hospital Indonesia di utara Gaza selepas tentera penceroboh Israel mengebom hospital berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: