Polis cari Gemuk...

Polis cari Wai Chen untuk bantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto PDRM
Polis cari Wai Chen untuk bantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto PDRM
A
A
A

KAJANG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengesan seorang lelaki, Sam Wai Chen, 41, bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh pemandu e-hailing di Taman Berjaya di Kajang pada 13 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki itu yang juga dikenali sebagai Gemuk atau Koko dikesan berada di alamat terakhir di Casa Magna Blok B, No 2 Jalan Prima 10, Metro Prima Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

"Lelaki ini diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini juga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Siti Sarah Aisyah Saad di talian 016 4064202,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pada 14 Disember lalu Sinar Harian melaporkan, pemandu e-hailing ditemui maut selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis di Taman Berjaya, Kajang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing maut bergaduh di Kajang

Mangsa berusia 30-an itu dipercayai datang ke premis terbabit untuk berjumpa dengan seorang daripada pekerja di premis berkenaan.

Bagaimanapun, perselisihan faham antara mereka menyebabkan berlakunya pergaduhan sebelum mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan: