Pemandu e-hailing maut bergaduh di Kajang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu e-hailing maut selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah premis di Taman Berjaya, Kajang dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang, mangsa berusia 30-an dikatakan ke premis itu untuk bertemu seorang pekerja sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, mangsa yang cedera disahkan meninggal dunia pada jam 3.50 petang oleh pegawai perubatan.

“Susulan kejadian itu, polis menahan enam individu berusia 23 hingga 64 tahun untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Siti Sarah Aisyah Saad di talian 016-4064202. - Bernama

Artikel Berkaitan: