JKM kesan waris seorang lelaki

JKM sedang mengesan waris lelaki yang dikenali Hisyam Sabudin. - Foto: Ihsan JKM
JKM sedang mengesan waris lelaki yang dikenali Hisyam Sabudin. - Foto: Ihsan JKM
A
A
A

TEMERLOH - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh mengesan waris seorang lelaki yang menghuni di sebuah institusi jabatan itu sejak 2003 lalu.

Menurut kenyataan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh, lelaki dikenali Hisyam Sabudin itu dianggarkan berusia 49 tahun berasal dari Kampung Paya Kechik di sini.

"Menurut maklumat yang diberi oleh penama, bapanya bernama Sabudin yang berasal dari Kampung Paya Kechik,T emerloh, Pahang dan ibunya bernama Aminah berasal juga dari Temerloh.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat carian pengesahan cap jari dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun begitu tiada data yang sepadan bagi mengesahkan identiti penama," kata kenyataan tersebut.

Sehubungan dengan itu, JKM berharap kepada waris atau orang awam yang mempunyai sebarang maklumat dapat menghubungi Unit Penguatkuasaan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Temerloh tersebut di talian 09-2961760/09-2967760 dengan kadar segera.

"Ia bagi membantu perihal penempatan dan penjagaan penama selanjutnya," tambah kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: