Polis kesan waris mangsa kemalangan maut

Lokasi kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2-Pandan Indah pada Isnin. Gambar kanan: Barangan peribadi milik mangsa turut ditemui.
Lokasi kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2-Pandan Indah pada Isnin. Gambar kanan: Barangan peribadi milik mangsa turut ditemui.
A
A
A

AMPANG - Polis sedang mengesan waris kepada seorang lelaki yang maut dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 - Pandan Indah dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 4.46 pagi.

"Mangsa berusia 40-an itu telah ditemui pengguna jalan raya yang melalui jalan terbabit dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Azam berkata, mangsa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri, namun ditemui beberapa barangan peribadi seperti dompet yang di dalamnya terdapat wang tunai dan sebuah telefon bimbit yang telah rosak.

"Selain itu, turut dijumpai sekeping gambar berukuran saiz pasport dipercayai milik mangsa.

"Siasatan lanjut, mendapati kawasan kemalangan tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup," katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti mangsa melalui cap jari bagi pemeriksaan biometrik.

"Mangsa berkulit warna sawo matang serta memakai baju gelap dan berkain pelikat.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa atau waris boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Navine Gunasegaran di talian 012-6436327 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.