SMK Telok Panglima Garang dituntut kekal disiplin tinggi

Kesebelasan utama SMK Telok Panglima Garang bagi saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023.
Kesebelasan utama SMK Telok Panglima Garang bagi saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-15 2023.
A
A
A

PEMAIN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Panglima Garang dituntut mengekalkan momentum positif apabila berdepan SMK Seksyen Sebelas U14 dalam aksi ketiga Kumpulan E Piala Dato' Mokhtar Dahari Bawah 15 (B-15) Tahun 2023 di Padang Awam Sungai Buaya Banting, pada Rabu.

Itu cabaran dilontarkan pengendali pasukan B-15 SMK Telok Panglima Garang, Mohd Norfarahim Sudarman kepada anak-anak buahnya yang akan diturunkan berdepan SMK Seksyen Sebelas U14.

No Image Caption

“Perlawanan terakhir kumpulan, saya dan barisan kejurulatihan akan melakukan penggiliran pemain bagi memastikan kecergasan pemain sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Ini penting kerana jadual pusingan 16 kalah mati menjanjikan saingan sengit dalam kalangan pasukan yang pastinya menghadirkan tekanan lebih tinggi.

“Saya harap pemain-pemain yang diturunkan akan mempamerkan aksi terbaik masing-masing bagi meneruskan mentaliti menang pasukan seperti sebelum ini,” katanya.

Sebagai rekod, SMK Telok Panglima Garang bermula langkah kanan bagi kempen 2023 apabila menang 5-1 ke atas SMK Kelana Jaya diikuti 3-0 ke atas SMK Bandar Baru Bangi sebelum ini.

Ditanya rahsia prestasi cemerlang anak-anak buahnya dalam dua perlawanan awal Kumpulan E, Mohd Norfarahim berkata, “Alhamdulillah, semangat juang pemain-pemain SMK Telok Panglima Garang begitu tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Malah mereka juga bermain melaksanakan segala taktikal yang direncanakan selain sentiasa peka dengan arahan daripada barisan jurulatih.

“Sejujurnya, disiplin tinggi dalam kalangan pemain juga banyak membantu memacu semangat pasukan merealisasikan taktikal di atas padang.”