X

Kindly register in order to view this article
!

Dong Zong jangan melampau!

Abdul Hadi
A
A

MARANG - Pas menyifatkan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang tetap mahu meneruskan persidangan isu tulisan jawi di Kajang esok sebagai tindakan tidak beretika dalam hidup bermasyarakat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Dong Zong diingatkan agar tidak melampaui batas.

"Ia bukan berkenaan kerajaan berlembut dengan mereka tetapi sikap mereka sendiri. Mereka faham tapi tindakannya seolah-olah mereka tidak faham, alam (tanah) mana mereka duduk.

ARTIKEL BERKAITAN: Bebaskan negara sentimen rasisme

Dong Zong: Beberapa jalan akan ditutup

"Alam Melayu atau alam Cina, atau alam media? Sepatutnya mereka faham mereka kini duduk di alam mana. Kalau ikan di laut tak akan pergi ke alam sungai. Kalau hanyut, mereka akan balik.

"Tetapi mereka terlalu jauh hanyut sedangkan mereka duduk di alam Melayu, bukan alam Cina. Bukan semua orang Cina begitu, saya tak hukum orang Cina tetapi puak ini sahaja, iaitu Dong Zong," katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila di sini hari ini.

Ditanya adakah Dong Zong disifatkan sebagai rasis, Abdul Hadi berkata, orang ramai boleh menilainya sendiri.

Beliau turut menyifatkan Dong Zong hanya mementingkan bahasa kaumnya tanpa menghormati penduduk asal di sini, selain tidak menghargai budi orang di sini yang memberikan tempat kepada mereka.

"Mereka sangat melampau dan kita harap mereka berubah. Kalau mereka tidak merubah, akan jadi berapi.

"Sedangkan ada masyarakat Cina yang hidup bermasyarakat dan baik. Jangan kerana nila setitik, habis susu sebelanga," jelasnya.

Mengulas mengenai cadangan sesetengah pihak agar Dong Zong diharamkan, Abdul Hadi menegaskan sekiranya pertubuhan itu berterusan melampau, ia adalah satu tindakan yang munasabah.

40 NGO lapor polis terhadap Dong Jiao Zong


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus