Dong Zong: Beberapa jalan akan ditutup

No Image Caption
A
A
A

KAJANG - Beberapa jalan utama di Kajang ditutup sempena persidangan bantahan tulisan jawi oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) Sabtu ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memaklumkan dalam satu kenyataan, penutupan jalan utama itu bermula dari 11 pagi hingga 5 petang.

“Antara jalan yang ditutup adalah di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban, persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah, Jalan Jati dan Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK) ke Jalan Bukit.

“Bagi peringkat pertama, persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Indah dan Jalan Jati ke Jalan Bukit akan ditutup dan dipantau anggota trafik. Pergerakan kenderaan adalah seperti biasa.

“Manakal peringkat kedua pula membabitkan penutupan persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Lumpur-Seremban dan persimpangan lampu isyarat Jalan Changkat ke Jalan Bukit yang dibuat secara berperingkat mengikut keadaan lalu lintas di lokasi penganjuran,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai diminta mematuhi arahan pegawai kawalan lalu lintas bertugas ketika dan sebelum penutupan jalan dilakukan.

“Pengguna jalan raya juga diminta mengawal kelajuan dan kenderaan masing-masing supaya tidak berlaku kemalangan dan perkara lain yang tidak diingini.

“Elakkan mengguna laluan yang akan ditutup dan disarankan menggunakan laluan alternatif lain bagi urusan harian. Kerjasama daripada orang ramai diperlukan sepanjang penutupan jalan ini," kataanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kajang di talian 03 89114242 untuk sebarang pertanyaan berhubung penutupan jalan terbabit.