Haramkan cermin gelap kenderaan kuasa Kementerian Pengangkutan

Nancy (tengah) pada sidang akhbar pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di Johor Bahru pada Isnin.
Nancy (tengah) pada sidang akhbar pada Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di Johor Bahru pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Cadangan mengharamkan cermin gelap kenderaan bagi mengelak kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta sebagaimana disuarakan orang ramai telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, hanya Kementerian Pengangkutan yang boleh membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu.

"Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah memaklumkan Kementerian Pengangkutan mengenai kerisauan masyarakat susulan peningkatan kes kematian bayi yang ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kenderaan yang antara lain disebabkan cermin kenderaan gelap.

"Saya sebenarnya ada berbincang dengan Anthony Loke Siew Fook (Menteri Pengangkutan) supaya beliau lihat perkara ini.

Majlis Sambutan Hati Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di Johor Bahru pada Isnin.
Majlis Sambutan Hati Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di Johor Bahru pada Isnin.

"Sama ada perlu diambil tindakan (mengharamkan cermin hitam) kerana ia menjadi antara punca kes kematian bayi ditinggalkan dalam kenderaan yang semakin meningkat kebelakangan ini, sudah pasti Kementerian Pengangkutan ada penilaian mereka sendiri sebelum mengambil sebarang keputusan akhir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di sini pada Isnin.

Minggu lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan mengesyorkan pengharaman cermin gelap pada kenderaan bagi mengelak kematian kanak-kanak yang ditinggalkan di dalam kereta.

Artikel Berkaitan:

Cadangan itu dibuat selepas tiga kanak-kanak meninggal dunia sejak dua bulan lalu selepas ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan.