Lima rumah terbakar, 103 mangsa hilang tempat tinggal

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Seramai 103 mangsa daripada 22 keluarga hilang tempat tinggal selepas lima rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Sembulan Baru malam tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu termasuk 14 mangsa bukan warganegara dan kini ditempatkan di Dewan Sembulan.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan kebakaran itu berlaku kira-kira jam 11.32 malam.

Dalam kejadian itu empat motosikal juga turut musnah.

Operasi pemadaman api melibatkan 35 anggota sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.20 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan, manakala jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: