Bukti Israel bunuh orang sendiri didedah

Beberapa saksi turut mendedahkan rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah pengunjung secara membabi buta. - Foto AFP
Beberapa saksi turut mendedahkan rejim Zionis melepaskan tembakan ke arah pengunjung secara membabi buta. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Laporan siasatan pertama terhadap kejadian serangan ke atas Festival Muzik Supernova pada 7 Oktober lalu mendapati rejim Zionis bertanggungjawab terhadap beberapa insiden kematian.

Pendedahan media tempatan berdasarkan salinan laporan itu mendapati helikopter milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF) telah menembak mati sejumlah pengunjung acara itu yang berlangsung di kawasan bersempadan Genting Gaza setelah pejuang Hamas melancarkan Operasi Taufan al-Aqsa ke atas Tel Aviv.

"Helikopter tempur dari pangkalan Ramat David melepaskan tembakan bertalu-talu tanpa mengenal pasti sasaran yang jelas," jelas laporan itu yang mendakwa rejim Zionis pada mulanya menyasarkan pejuang Hamas yang didakwa menyusup masuk ke lokasi berhampiran kibbutz Re'im dan perkampungan lain dekat sempadan Gaza.

Difahamkan, festival itu dihadiri kira-kira 4,400 pengunjung ketika pejuang Hamas mula menggempur selatan Israel.

"Peta sasaran yang ditemui pada mayat pejuang Hamas tidak menunjukkan lokasi festival berkenaan. Penemuan tambahan menyokong penilaian itu," jelas laporan akhbar Haaretz pada Sabtu.

Pejuang Hamas juga dikatakan tidak tahu-menahu tentang acara berkenaan yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada Khamis dan Jumaat serta hari tambahan pada Sabtu hanya dibuat beberapa hari sebelum itu.

Ia jelas membuktikan pejuang Hamas sememangnya tidak menyasarkan festival berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan pengunjung sempat lari untuk menyelamatkan diri ketika operasi Hamas dan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis itu bermula.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, beberapa saksi kejadian pernah mendedahkan rejim Zionis membunuh orang mereka sendiri dan menjadikan pejuang Hamas sebagai kambing hitam.

Selain itu, laporan polis turut menyemak semula angka sebenar kematian yang berjumlah 364 orang termasuk 17 anggota polis berbanding 270 yang direkodkan sebelum ini. - Agensi