'Bom di mana-mana, kami tiada tempat untuk lari'


Seorang kanak-kanak perempuan melihat di luar tingkap bangunan di kem pelarian Nuseirat yang hancur dibedil tentera Israel. - AFP
Seorang kanak-kanak perempuan melihat di luar tingkap bangunan di kem pelarian Nuseirat yang hancur dibedil tentera Israel. - AFP
A
A
A

GAZA CITY - Serangan udara, rumah musnah dan orang tersayang terkorban akibat dibom tentera Israel tanpa henti sejak konflik 7 Oktober lalu menyebabkan penduduk Gaza berasakan mereka kini diambang kematian.

Nada Abu Hiya berusia lapan tahun yang pernah berdepan dengan tiga pengeboman Israel dan kini mendapatkan perlindungan di kem pelarian Nuseirat menceritakan pengalaman ngeri itu kepada AFP.

“Mula-mula mereka mengebom rumah datuk saya di Gaza City di mana kami semua tinggal di situ.

“Kemudian kami lari ke Dier el-Balah untuk mencari tempat selamat, juga dibom.

“Selepas itu kami pulang ke Gaza City dan mereka mengebom kami sekali lagi,” katanya.

-
Kanak- kanak Palestin mengumpulkan buku diambil di kediamannya yang musnah dibedil Israel. -Foto AFP
- Kanak- kanak Palestin mengumpulkan buku diambil di kediamannya yang musnah dibedil Israel. -Foto AFP

Menurut pegawai kesihatan Hamas, pada waktu subuh Jumaat, sebuah pesawat Israel mengebom kem Nuseirat terletak di tengah semenanjung Gaza yang mengorbankan 18 orang.

“Terdapat pengeboman di mana-mana. Nenek, ibu dan datuk saya sudah meninggal dunia. Israel memusnahkan rumah kami.

Artikel Berkaitan:

“Rumah jiran-jiran kami musnah dan mereka semua telah mati,” tambahnya.

Kanak-kanak malang itu antara ratusan ribu rakyat Palestin yang melarikan diri dari Gaza City dalam beberapa minggu sejak kebelakangan ini.

Keadaan sekeliling rumah musnah. - Foto AFP
Keadaan sekeliling rumah musnah. - Foto AFP

Ia selepas Israel mengarahkan penduduk berpindah ke selatan ketika mereka melancarkan serangan berterusan untuk menumpaskan pejuang Hamas di wilayah berkenaan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), secara keseluruhannya lebih 1.5 juta orang hilang tempat tinggal di Gaza atau hampir satu pertiga daripada penduduk wilayah tersebut akibat dibedil oleh tentera Israel. - AFP