X

Kindly register in order to view this article
!

Pihak berkuasa Chile dakwa kebakaran hutan disengajakan

Penduduk tempatan melihat kemusnahan akibat kebakaran hutan di Bukit Rocuant di Valparaiso, Chile kelmarin. - Foto AFP
A
A

SANTIAGO - Pihak berkuasa Chile semalam mendakwa kebakaran hutan di bandar pelabuhan Valparaiso, Chile yang menyebabkan penduduk kehilangan tempat tinggal ketika sambutan Krismas adalah disengajakan.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan susulan kebakaran Selasa lalu yang memusnahkan 150 hektar hutan, mencederakan 12 anggota bomba sukarela dan menjejaskan kira-kira 700 orang di 245 kediaman.

Kementerian Awam yang menyiasat punca kebakaran yang bermula di dua bukit mendakwa, ia dimulakan dengan sengaja.

"Kami mempunyai bukti gambar, video dan perbualan dengan penduduk tempatan bahawa kebakaran di Valparaiso adalah disengajakan," kata Menteri Pertanian, Antonio Walker.

Kawasan Valparaiso panas dan kering pada ketika ini, namun kerajaan percaya beberapa kebakaran yang berlaku baru-baru ini adalah disengajakan.

Dalam pada itu Presiden Chile, Sebastian Pinera melawat kawasan kebakaran bagi mengetuai siasatan dan kerajaan turut mengumumkan pemberian subsidi kepada mangsa yang terjejas untuk membina rumah baharu. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!