ICC terima ugutan misteri?

Pejabat Ketua Pendakwa Raya ICC bagaimanapun tidak mendedahkan 'individu' yang mengugut mereka. Foto Agensi
Pejabat Ketua Pendakwa Raya ICC bagaimanapun tidak mendedahkan 'individu' yang mengugut mereka. Foto Agensi
A
A
A

THE HAGUE - Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada Jumaat memberi amaran terhadap ‘ugutan misteri’ selepas timbul laporan Israel bimbang tribunal itu boleh mengeluarkan waran tangkap berhubung Perang Gaza.

Pejabat Ketua Pendakwa Raya, Karim Khan menerusi platform X bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ada kaitan dengan siasatan terhadap kemungkinan jenayah perang di Palestin selepas banyak pihak menggesa agar Israel diheret ke muka pengadilan.

“Kebebasan dan kesaksamaan mahkamah terjejas apabila ada individu membuat ancaman tidak sepatutnya.

"Walaupun kami tidak mengambil sebarang tindakan, ia tetap dianggap sebagai satu kesalahan terhadap pentadbiran keadilan ICC,” tegasnya yang turut menggesa pihak berkenaan menghentikan provokasi sedemikian.

Amaran itu diberikan selepas rangkaian media di Amerika Syarikat (AS) dan Israel mendakwa pendakwa raya ICC mungkin akan mengeluarkan waran tangkap terhadap ahli politik di Tel Aviv termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Pada Rabu lalu, pemimpin ekstremis itu turut mengkritik tribunal tersebut setelah khabar angin tentang waran tangkap berkenaan mula tersebar secara meluas.

Rangkaian media Axios melaporkan Tel Aviv memberi amaran kepada sekutunya, Washington bahawa ia akan bertindak balas dengan tegas terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA) jika ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas ahli politik mereka.

Anggota Kongres AS juga menyatakan mereka akan melakukan tindakan sama selepas siasatan ICC terhadap kekejaman rejim Zionis di Gaza ditolak atas alasan ia tiada bidang kuasa ke atasnya.

Artikel Berkaitan:

Pada 2020, pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump pernah mengenakan sekatan terhadap tribunal tersebut berhubung siasatan ke atas Afghanistan, namun ia ditarik balik oleh Joe Biden. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!