Kaut RM30,000 sebulan sewakan kenderaan kepada pemandu warga asing

Penunggang motosikal yang melalui pemeriksaan Op Patuh di Kawasan Rehat dan Rawat Gurun pada petang Rabu.
Penunggang motosikal yang melalui pemeriksaan Op Patuh di Kawasan Rehat dan Rawat Gurun pada petang Rabu.
A
A
A

GURUN - [DIKEMAS KINI] Tindakan tegas menanti majikan ataupun penyewa yang menyewakan kenderaan kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen atau insurans.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Aman Shah Hashim berkata, agensi itu juga tidak akan berkompromi dengan pemandu warga asing (Pewa) yang didapati melanggar peraturan jalan raya.

Menurutnya, terdapat individu warga tempatan di negara ini dipercayai cuba mengaut keuntungan dengan menyewa kenderaan mereka kepada warga asing.

"JPJ tidak akan bertolak ansur berhubung kenderaan-kenderaan Pewa yang disewakan (jika melanggar peraturan jalan raya).

"Berpandukan maklumat kita, motosikal sewaan ada yang RM300 sebulan, kalau seratus unit sudah RM30,000 sebulan (keuntungan kepada penyewa)," katanya pada sidang akhbar di Op Patuh di Kawasan Rehat dan Rawat Gurun di sini pada malam Rabu.

Anggota JPJ membuat pemeriksaan ke atas seorang pemandu treler pada Op Patuh di Kawasan Rehat dan Rawat Gurun pada petang Rabu.
Anggota JPJ membuat pemeriksaan ke atas seorang pemandu treler pada Op Patuh di Kawasan Rehat dan Rawat Gurun pada petang Rabu.

Jelasnya, pemandu warga asing yang melakukan kesalahan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) manakala warga tempatan iaitu pemilik kepada kenderaan yang disewakan juga boleh dikenakan seksyen sama.

"Kompaun awal boleh dikenakan antara RM100 hingga RM250 bagi motosikal, manakala RM150 hingga RM300 pula untuk kenderaan melebihi 250cc," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sejak 1 November lalu, JPJ Kedah melakukan operasi Op Patuh Bersepadu 2023 bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi lain.

"Sebanyak 17,227 kenderaan telah diperiksa yang mana melibatkan pecahan motosikal Pewa 2,227 kenderaan, kenderaan perkhidmatan awam sebanyak 961.

"Bagi kenderaan yang telah diambil tindakan di lebuhraya sebanyak 297 kenderaan kesalahan di bawah teknikal ataupun Puspakom adalah sebanyak 623 kenderaan dan kenderaan disita bagi bulan ini adalah sebanyak 56 kenderaan,' kata beliau lagi.