X

Kindly register in order to view this article
!

Plot bunuh paderi Kristian Palestin oleh Israel

Ketua gereja ortodoks Palestin, Atallah Hanna mendakwa Israel mahu membunuhnya ketika ditemubual media di sebuah hospital di Jordan.
A
A

RAMALLAH - Pergerakan Hamas mengutuk keras plot cubaan bunuh ketua paderi gereja ortodoks Palestin, Atallah Hanna oleh Israel.

Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkata, tindakan rejim Zionis itu membuktikan mereka bukan sahaja menyasarkan umat Islam tetapi turut bersedia menghapuskan sesiapa sahaja yang lantang membantah pendudukan Israel di bumi Palestin.

Hanna dikejarkan ke sebuah hospital di Jordan pada Rabu lalu selepas mengalami sesak nafas susulan tindakan tentera Israel melepaskan beberapa kanister gas ke kawasan gereja semasa serbuan di Baitulmaqdis.

Tentera Israel tidak mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjelaskan tujuan operasi berkenaan dijalankan.

Bercakap kepada media Jordan, Hanna mendakwa Israel mahu menamatkan riwayatnya atau sekurang-kurangnya mahu melihat beliau menderita sepanjang hayat kerana kanister gas tersebut dipercayai mengandungi kimia beracun.

Pada Mei lalu, Hanna menggesa perpecahan dalaman Palestin dihentikan segera dan memberi amaran Israel sedang mengambil kesempatan daripada situasi itu untuk terus menguasai Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza.

Beliau sebelum ini turut menuduh kumpulan Kristian Bersatu untuk Israel di Amerika Syarikat kerana mengamalkan amalan menyimpang dan ahlinya adalah Zionis yang mentafsir kitab Bible mengikut kehendak mereka. - Agensi