Israel geledah Hospital al-Shifa musnah jabatan utama

Tentera Israel geledah Hospital Al-Shifa dakwa kononya terdapat terowong pejuang Hamas bahawa bangunan. - AFP
Tentera Israel geledah Hospital Al-Shifa dakwa kononya terdapat terowong pejuang Hamas bahawa bangunan. - AFP
A
A
A

GAZA CITY - Tentera Israel meneruskan pencarian dari bangunan ke bangunan dalam Hospital al-Shifa ketika pejuang Hamas mendedahkan zionis bertindak melulu dengan memusnahkan jabatan-jabatan penting dalam hospital tersebut.

Tentera Israel menyerbu al-Shifa sejak awal Rabu lalu untuk mencari bukti apa yang dikatakan mereka bahawa hospital tersebut dijadikan markas pejuang Hamas, satu tuduhan dinafikan kumpulan Islam dan pengurus hospital itu.

Israel mendakwa mereka menjumpai senapang, peluru dan bahan letupan di hospital terletak di Gaza City serta peralatan mengandungi maklumat dan rakaman berkaitan tebusan yang diculik dalam serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu.

Seorang pegawai Israel berkata, tentera meneruskan pencarian di setiap sudut hospital atau mengeledah setiap tingkat dalam bangunan itu,

Jurucakap kementerian kesihatan di Gaza yang dikendalikan Hamas, Ashraf Al-Qudra memberitahu AFP bahawa tentera Israel memusnahkan alat radiologi dan mengebom jabatan kebakaran serta dialisis semasa serbuan mereka.

"Ribuan wanita, kanak-kanak yang cedera berada di ambang kematian," katanya. - AFP

Artikel Berkaitan: