Kes bunuh: Polis cari Rafiqul

Warga Bangladesh, Rafiqul Islam dicari polis
Warga Bangladesh, Rafiqul Islam dicari polis
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang saksi warga Bangladesh dicari polis bagi memberi keterangan berhubung kes bunuh yang berlaku pada 10 April 2016 di Batu 9 Taman Medan, Sijangkang, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, saksi tersebut adalah Rafiqul Islam berusia 45 tahun.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Daimie Jamilin di talian 012-8359059," katanya.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa seorang lelaki warga Bangladesh berusia 43 tahun dipercayai dibunuh di dalam sebuah bas kilang.

Dalam kes ini, seorang suspek telah ditangkap dan telah dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang telah dibicarakan di Mahkamah Shah Alam.

Artikel Berkaitan: