Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin

Gambar tular yang dikongsi anak bongsu Najib, Norashman, memperlihatkan Nazir Razak menyarung cincin kepada pasangannya. - Foto IG Ashman Najib
Gambar tular yang dikongsi anak bongsu Najib, Norashman, memperlihatkan Nazir Razak menyarung cincin kepada pasangannya. - Foto IG Ashman Najib
A
A
A

KUALA LUMPUR - Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Mohamed Nazir Tun Abdul Razak mencuri perhatian netizen pada Jumaat selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih untuk majlis pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Yati Zainuddin.

Gambar tular yang dikongsi anak bongsu Najib, Norashman, memperlihatkan bekas Pengerusi CIMB Bhd (CIMB) itu menyarung cincin kepada pasangannya.

"Congrats Uncle Jay @nazir.razak," katanya menerusi Instragam Storynya di sini, pada Jumaat.

Yati merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas bersama kosmetik, Bluemolly.

Majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.

Tony memuat naik beberapa keping foto memberi bayangan dengan kapsyen yang mengundang spekulasi, dan ia dibalas Nazir.

"Getting ready to look beautiful for my bestie for his big day," kata Tony.

"Thank you bro. Our love for you isn't dependent on how you look, in case you didn't know that," balas Nazir.

Artikel Berkaitan:

Awani difahamkan satu majlis resepsi akan diadakan di sebuah hotel di ibu negara, malam ini (Jumaat).

Nazir pernah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Sri Datuk Azlina Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Pasangan ini dilaporkan bercerai pada 2023. - Awani