'Takdir mempertemukan kami kembali' - Nazir Razak

Nazir Razak dan pasangannya, Yati Zainudin selepas diijabkabulkan.
Nazir Razak dan pasangannya, Yati Zainudin selepas diijabkabulkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Adik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Mohamed Nazir Abdul Razak mendedahkan beliau dan isteri merupakan kenalan ketika belajar di United Kingdom sejak pertengahan 1980-an lagi.

Menurutnya, mereka bagaimanapun meneruskan kehidupan masing-masing selepas itu dan tidak menyangka akan dipertemukan kembali.

"Walaupun saya berusaha sebaik mungkin, kami hanya kawan. Kami kemudiannya menjalani perjalanan hidup yang sangat berasingan, dia di New York selama 27 tahun.

"Takdir telah mempertemukan kami kembali. Syukur kerana masih ada kesempatan untuk membina kehidupan baharu sebagai pasangan.

Nazir menyarungkan cincin kepada isterinya.
Nazir menyarungkan cincin kepada isterinya.



"Kami sangat berterima kasih kepada ALLAH SWT atas peluang ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Beliau juga memberitahu, majlis akad nikah bersama pilihan hatinya itu telah diadakan pada pagi Jumaat.

Gambar pernikahan Mohamed Nazir yang dimuat naik oleh anak saudaranya, Norashman Najib tular di media sosial mencuri perhatian ramai.

Artikel Berkaitan:

Ia memperlihatkan bekas Pengerusi CIMB Bhd (CIMB) itu menyarung cincin kepada pasangannya dikenali Yati Zainudin yang merupakan seorang ahli perniagaan dan pengasas bersama kosmetik.

Majlis tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dan turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes.