Pas Kelantan kumpul RM1.6 juta untuk disalur ke Palestin

Ahmad (dua dari kiri) menerima replika cek daripada wakil Pas kawasan Rantau Panjang.
Ahmad (dua dari kiri) menerima replika cek daripada wakil Pas kawasan Rantau Panjang.
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan mengumpul sumbangan berjumlah RM1.6 juta untuk disalurkan ke Palestin bagi membantu umat Islam yang terjejas akibat kekejaman rejim Zionis Israel.

Sumbangan dikumpulkan dalam tempoh dua minggu daripada 14 Pas kawasan dan tiga dewan iaitu Muslimat, Pemuda, As-Sabiqun serta Himpunan Pendokong Pas.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, daripada keseluruhan jumlah itu, Pas Rantau Panjang menjadi penyumbang tertinggi dengan jumlah kutipan sebanyak RM101,000.

Ahmad
Ahmad

“Kami akan salurkan wang ini mengikut saluran rasmi supaya sampai kepada rakyat Palestin. Mereka ini dianiayai dan dinafikan hak di negara sendiri.

“Sumbangan ini sebagai bantuan kemanusiaan termasuk perubatan dan keperluan-keperluan asas lain terutama makanan,” katanya selepas penyerahan sumbangan itu kepada Aid 4 Palestin Pas Kelantan di Dataran Medan Ilmu di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua sumbangan rakyat di serata negeri ini akan diserahkan secara rasmi pada Program Munajat Enakmen Syariah Kelantan dan Solidariti Palestin di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, ujarnya, seluruh rakyat Malaysia akan meneruskan sokongan dan bersolidariti untuk Palestin terutama umat Islam atas dasar seagama.

Artikel Berkaitan:

Ahmad turut memberikan sumbangan peribadi kepada Palestin pada Jumaat.
Ahmad turut memberikan sumbangan peribadi kepada Palestin pada Jumaat.

Katanya, perjuangan kepada pembebasan rakyat tertindas itu sudah dilakukan sejak sekian lama.

“Kita seagama dengan mereka dan seperti satu tumbuhan apabila mana-mana anggota badan sakit maka semua anggota badan akan rasa sakit, begitulah kita dengan rakyat dengan Palestin.

“Kita perlu terus memberi sokongan untuk membantu pertahankan bumi mereka daripada terus dijajah oleh Zionis,” kata beliau.

Orang ramai memberikan sumbangan kepada Palestin di Dataran Medan Ilmu.
Orang ramai memberikan sumbangan kepada Palestin di Dataran Medan Ilmu.