Tiada ugutan secara 'direct' isu Palestin, masih kumpul risikan - KPN

Razarudin beramah mesra dengan ahli keluarga pelatih yang hadir Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengumpul risikan sekiranya terdapat sebarang ancaman ekoran kelantangan Malaysia dalam isu Palestin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tahap keselamatan negara ketika ini berada pada yang sangat baik.

“Buat masa ini, tiada ugutan secara 'direct tetapi kita masih mengumpul risikan,” katanya selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat.

Razarudin beramah mesra dengan ahli keluarga pelatih yang hadir Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Razarudin beramah mesra dengan ahli keluarga pelatih yang hadir Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan pegawai-pegawai kanan polis.

Dalam majlis itu, sebanyak 538 orang pelatih terdiri daripada 103 wanita dan 435 lelaki berjaya menamatkan latihan mereka.

Razarudin menyampaikan anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan kepada Inspektor Khairul Anwar Khalid pada Majlis Pembarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Siri 1/2023 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada Jumaat. - FOTO SINAR HARIAN/ROSLI TALIB

Sebelum ini, media melaporkan PDRM memantau sebarang penglibatan rakyat Malaysia dengan mana-mana agensi perisikan asing termasuk Mossad di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Razarudin memberitahu Utusan Malaysia, beliau mengakui kemungkinan kehadiran pihak perisikan asing namun risikan dan pemantauan sentiasa dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan negara terjamin.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya hanya mengesan penglibatan rakyat tempatan yang diupah untuk tugas tertentu tanpa mengetahui identiti sebenar pihak yang mengupah mereka.