Bil air cecah puluhan ribu ringgit

Paparan Twitter tular di laman sosial.
Paparan Twitter tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna terkejut apabila mendapati bil airnya melambung sehingga mencecah RM13,908.

Pelayar Twitter dikenali @khrnndiah memuat naik bil yang tertera penggunaan sebanyak 7000m3.

“Tolong retweet (RT) atau ciap untuk rezeki saya dengan keluarga saya. 1 ringgit pun cukup,” ciapnya yang kini tular di laman sosial.

Perkongsian itu membuatkan netizen terkejut malah menasihatkannya untuk membuat laporan kepada pihak berkaitan.

@lailabrqh menulis, "Saya rasa boleh pergi Air Selangor dan buat laporan, bukan bayar macam itu je."

@9Aberoy pula menyifatkan penggunaan air selama sebulan keluarga itu menyamai hampir sebesar kolam bersaiz 70 x 33 x 5 meter.

"7000m3 bersamaan 7,000,000 liter air hampir sebesar kolam bersaiz 70 x 33 x 5 meter. Lebih besar dari kolam renang Olimpik," ciapnya.

Ada juga memberitahu, berkemungkinan petugas silap membaca meter atau meter telah rosak.

Artikel Berkaitan:

"Uiissshhhh tentu salah baca ni. Tak pun meter rosak. Tak logik tak logik, memang tak masuk akal," ciap @MsAmalinaMZain.

Selain netizen, turut mendapat perhatian isu tersebut ialah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Air Selangor membalas ciapan pengguna tersebut dan memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.

"Salam Sejahtera, maaf atas kesulitan yg dialami. Boleh DM kami nama, nombor telefon dan alamat yang lengkap untuk kami ambil tindakan lanjut. Terima Kasih," tulis pentadbir Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Paparan Twitter Air Selangor
Paparan Twitter Air Selangor