Brazil beri bayangan Jesus mungkin beraksi

Gabriel Jesus. - Foto Agensi
Gabriel Jesus. - Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN Arsenal, Gabriel Jesus mungkin berpeluang turun beraksi bersama Brazil dalam saingan Kelayakan Piala Dunia menentang Argentina minggu depan ketika jurulatihnya kelabnya, Mikel Arteta mahu dia berehat akibat kecederaan.

Jurulatih Selecao, Fernando Diniz memanggil pemain berusia 26 tahun itu, meskipun dia tidak beraksi sejak kecederaan hamstring ketika Arsenal menentang Sevilla akhir bulan lalu.

Arteta sebelum ini mahu Jesus berehat beberapa minggu untuk menjalani proses pemulihan.

Namun Diniz membuat keputusan sebaliknya apabila ingin menurunkan Jesus lebih awal selepas mendapat lampu hijau pasukan perubatan skuad kebangsaan itu.

“Kami sudah melakukan imbasan MRI ke atasnya. Kami menjaganya dengan rapi. Jika tidak ada masalah, kami akan menurunkannya bertemu Argentina,” ujarnya.

Diniz berkata, Jesus mungkin tidak beraksi menentang Colombia minggu ini, tetapi bakal diturunkan apabila juara dunia, Argentina bertandang ke Maracana pada 22 November.

“Kami memanggil Gabriel (Jesus) atas sebab tertentu dan ia penting buatnya.

“Dia masih mampu memberikan impak positif dalam permainan, biarpun kami bermain di bawah tahap sebenar ketika menentang Uruguay,” ujar Diniz.

Artikel Berkaitan: