Niaga hadapan emas dijangka diniagakan tinggi minggu depan

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan. - Foto hiasan
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan. - Foto hiasan
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang tidak memberangsangkan menimbulkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS telah menaikkan kadar faedah dan akan mula menurunkannya.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, berikutan data ekonomi AS memperlihatkan pertumbuhan perlahan namun kekal positif, senario ini sewajarnya mendatangkan manfaat kepada emas.

"Keadaan ini menunjukkan ia hampir kepada kemelesetan...dan saya kekal berpandangan bahawa AS akan menangani kemelesetan, kita menuju kepada tahun pilihan raya AS, dan risiko politik dan geopolitik sepatutnya terus memberi dorongan kepada emas.

"Kami yakin untuk melepasi AS$2,000 dan hanya memerlukan data ekonomi AS yang tidak memberangsangkan untuk mendorong emas kepada julat perdagangan baharu. Pada masa ini, kami menjangkakan pada AS$1,975 hingga AS$2,000,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, niaga hadapan emas tempatan meningkat kepada 1,016 lot daripada 692 lot yang diniagakan minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 452 kontrak daripada 185 kontrak sebelum ini.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta November 2023 meningkat AS$1,994.90 setiap auns troy, Disember 2023 naik AS$2,005.0 setiap auns troy daripada AS$1,970.10 setiap auns troy, dan Januari 2024 menokok kepada AS$2,014.70 setiap auns troy daripada AS$1,979.80 setiap auns troy sebelum ini.

Kontrak bagi Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya meningkat kepada AS$2,023.60 setiap auns troy daripada AS$1,988.70 pada minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,980.10 setiap auns troy, menurut penetapan Persatuan Pasaran Jongkong London pada 16 November. - Bernama

Artikel Berkaitan: