AS bekal senjata secara rahsia kepada Israel

AS membekalkan peluru berpandu dan peralatan lebih canggih kepada tentera Israel. - Foto AFP
AS membekalkan peluru berpandu dan peralatan lebih canggih kepada tentera Israel. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah meningkatkan bantuan ketenteraan kepada Israel secara rahsia termasuk menghantar peluru berpandu dan peralatan lebih canggih.

Bantuan sulit itu didedahkan Bloomberg menerusi laporan diterbitkan pada Rabu.

“Sehingga akhir Oktober, sebanyak 36,000 peluru meriam 30mm dan kira-kira 3,500 peranti penglihatan malam telah dihantar kepada sekutunya ketika kempen pengeboman ke atas Gaza semakin sengit,” ujar laporan itu memetik senarai Pentagon.

Menurutnya, penghantaran bekalan senjata itu sudah dibuat atau Jabatan Pertahanan sedang berusaha menyediakannya daripada depot di Washington dan Eropah.

Pentagon menerusi kenyataan balas terhadap pendedahan itu menyatakan kononnya mereka ‘memanfaatkan’ beberapa jalan termasuk saluran industri AS untuk memastikan Israel dapat mempertahankan diri.

Laporan itu jelas menunjukkan AS sedang menjadikan Israel sebagai boneka mereka melalui sokongan ketenteraan dan pemindahan bekalan senjata setelah ia memperuntukkan bantuan tahunan berjumlah AS$3.8 bilion (RM17.7 bilion) kepada Tel Aviv.

Pada Selasa, AS dan Britain mengumumkan sekatan pusingan baharu ke atas pembiayaan Hamas dan mekanisme digunakan Iran untuk menyokong kumpulan pejuang itu dan Jihad Islam yang turut mempertahankan Gaza.

Jabatan Perbendaharaan memaklumkan, antara yang berada dalam senarai itu ialah Wakil Jihad Islam ke Iran, Nasser Abu Sharif dan syarikat pertukaran wang berpusat di Lubnan, Nabil Chouman & Co yang didakwa mengendalikan pemindahan dana antara Hamas dan Teheran.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, sekatan diselaraskan bersama Britain turut menyasarkan empat pemimpin kanan Hamas dan dua pembiaya setelah Washington mengumumkan ia akan menyekat dana tersebut pada bulan lalu. - AFP