50 bekas pelajar Penang Free School rai 38 tahun persahabatan

50 bekas pelajar PFS raikan 38 tahun persahabatan mereka di Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Ipoh, baru-baru ini.
50 bekas pelajar PFS raikan 38 tahun persahabatan mereka di Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Ipoh, baru-baru ini.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seramai 50 bekas pelajar Penang Free School (PFS) meraikan 38 tahun persahabatan mereka di Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Ipoh, baru-baru ini.

Menariknya kali ini apabila mereka turut meraikan ulang tahun kelahiran masing-masing yang ke 50 tahun.

Presiden Persatuan Bekas Pelajar Asrama Penang Free 86/90, Fansuri Mushadat Ismail berkata, walaupun hanya separuh daripada lebih 100 pelajar tahun 86-90 yang hadir, namun ia sudah cukup meriah apabila pelbagai acara diadakan sempena perjumpaan itu.

Majlis bacaan Yasin turut diadakan sempena meraikan 38 tahun persahabatan.
Majlis bacaan Yasin turut diadakan sempena meraikan 38 tahun persahabatan.

“Setiap tahun kami akan mengadakan perjumpaan di Pusat Rekreasi Lubuk Timah kerana pemilik dan operator pusat rekreasi berkenaan, Datuk Fadzil Akhma Mohd Yusoff merupakan salah seorang ahli persatuan ini.

"Pusat rekreasi ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam air panas, sungai, ATV, pondok perkelahan, tapak perkhemahan, tempat penginapan seperti chalet dan ruang penginapan beramai-ramai, bilik dan ruang acara.

"Ia menjadi lokasi yang strategik kerana ramai antara kami masih menetap di Pulau Pinang dan sebahagian besar telah berhijrah serta bermastautin di Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan di sini.

Artikel Berkaitan:

Turut diadakan aktiviti penanaman pokok bunga di sekitar pusat rekreasi sempena meraikan 38 persahabatan pelajar PFS baru-baru ini.
Turut diadakan aktiviti penanaman pokok bunga di sekitar pusat rekreasi sempena meraikan 38 persahabatan pelajar PFS baru-baru ini.

Katanya, selain mesyuarat agung tahunan, pelbagai aktiviti lain turut dijalankan seperti tahlil ringkas dan bacaan surah Yasin, senamrobik, penanaman pokok bunga di sekitar pusat rekreasi dan cabutan bertuah.

Turut diadakan, persembahan karaoke dan jamuan pelbagai jenis makanan yang turut dibawa dari Pulau Pinang bagi mengimbau kenangan semasa belajar di sekolah berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!