Tiga rentung, kereta rempuh lori sampah

Keadaan kereta jenis Proton Perdana dinaiki tiga mangsa yang rentung dalam kemalangan di kawasan Perindustrian Bercham dekat Ipoh pada Isnin.
Keadaan kereta jenis Proton Perdana dinaiki tiga mangsa yang rentung dalam kemalangan di kawasan Perindustrian Bercham dekat Ipoh pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Tiga rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kereta dan lori muatan sampah dalam satu kemalangan di kawasan Perindustrian Bercham dekat sini pada Isnin.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh pada jam 8.05 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, maklumat awal mendapati, kereta jenis Proton Perdana dinaiki ketiga-tiga mangsa terbakar sebaik merempuh bahagian hadapan lori tersebut.

Menurutnya, rempuhan turut mengakibatkan bahagian hadapan lori musnah terbakar.

Nahas membabitkan sebuah kereta dan lori muatan sampah yang mengorbankan tiga nyawa di kawasan Perindustrian Bercham dekat Ipoh pada Isnin.
Nahas membabitkan sebuah kereta dan lori muatan sampah yang mengorbankan tiga nyawa di kawasan Perindustrian Bercham dekat Ipoh pada Isnin.

"Bantuan kren digunakan bagi mengalihkan lori itu dan setelah dialihkan, terdapat tiga mangsa telah rentung berada dalam kereta.

"Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenal pasti setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan sehingga api dipadam sepenuhnya dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Tambun dan Pasukan Bomba Sukarela Bercham.

Artikel Berkaitan:

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.35," katanya.