Nahas kereta-lori sampah: Dua beradik, sepupu mangsa rentung

Nahas membabitkan sebuah kereta dan lori muatan sampah yang mengorbankan tiga nyawa di kawasan Perindustrian Bercham dekat Ipoh pada Isnin.
Nahas membabitkan sebuah kereta dan lori muatan sampah yang mengorbankan tiga nyawa di kawasan Perindustrian Bercham dekat Ipoh pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Dua beradik lelaki dikenal pasti antara tiga mangsa rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori muatan sampah di kawasan Perindustrian Bercham dekat sini pada Isnin.

Mangsa, M Krishna, 20, yang merupakan pemandu kereta dan adiknya, Pavilesh, 16, manakala seorang lagi mangsa merupakan sepupu lelaki mereka, NK Subash Varman juga berusia 16 tahun.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Perdana dalam perjalanan dari arah Tanjung Rambutan.

Menurutnya, ketika melalui satu selekoh, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah lori sampah yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat perlanggaran itu, kereta dinaiki mangsa terperosok di bawah lori sampah dan terbakar mengakibatkan ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu lori bersama empat lagi pekerja tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk di sini untuk bedah siasat dan proses pengecaman oleh ahli keluarga.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Deputi Superintenden Koo Boon Kuat di talian 016-4173222," katanya.

No Image Caption


Tiga rentung, kereta rempuh lori sampah

IPOH - Tiga rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kereta dan lori muatan sampah dalam satu kemalangan di kawasan Perindustrian Bercham dekat sini pada Isnin.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh pada jam 8.05 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarozi Nor Ahmad berkata, maklumat awal mendapati, kereta jenis Proton Perdana dinaiki ketiga-tiga mangsa terbakar sebaik merempuh bahagian hadapan lori tersebut.

Menurutnya, rempuhan turut mengakibatkan bahagian hadapan lori musnah terbakar.

"Bantuan kren digunakan bagi mengalihkan lori itu dan setelah dialihkan, terdapat tiga mangsa telah rentung berada dalam kereta.

"Identiti kesemua mangsa masih belum dapat dikenal pasti setakat ini," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, operasi pemadaman dilakukan sehingga api dipadam sepenuhnya dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Tambun dan Pasukan Bomba Sukarela Bercham.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.35," katanya.