SPRM perlu telus, elak salah guna kuasa

SPRM perlu bebas melaksanakan siasatan terhadap kes salah guna kuasa secara menyeluruh bagi mengelak campur tangan mana-mana pihak.
SPRM perlu bebas melaksanakan siasatan terhadap kes salah guna kuasa secara menyeluruh bagi mengelak campur tangan mana-mana pihak.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bebas melaksanakan siasatan terhadap kes salah guna kuasa secara menyeluruh bagi mengelak campur tangan mana-mana pihak.

Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (Aswa), Wan Azliana Wan Adnan berkata, pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya juga perlu segera dilaksanakan bagi memastikan tiada pihak yang terlepas daripada dihukum atas kesalahan tertentu.

Menurutnya, usaha itu mampu membendung isu rasuah dan salah guna kuasa daripada terus berleluasa.

“SPRM diwujudkan untuk menyiasat dan mencegah sebarang bentuk perlakuan rasuah termasuk salahguna kuasa.

“Jika kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan berkaitan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, kita khuatir ia akan memberi persepsi buruk terhadap pentadbiran kerajaan sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, baru-baru ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Presiden Transparency International Malaysia (TI-Malaysia), Dr Muhammad Mohan menegaskan, kerajaan perlu segera mengkaji pengasingan kuasa bagi memastikan tidak timbul konflik berkepentingan dalam kes berprofil tinggi.

Tegasnya, jika tiada tindakan drastik terhadap orang yang melakukan rasuah, amat sukar bagi negara melakukan perubahan positif dalam skor Indeks Persepsi Rasuah Global (CPI) dan kedudukan global.

Mengulas lanjut, Wan Azliana berkata, pengasingan kuasa mampu meletakkan SPRM sebagai entiti bebas tanpa dibayangi pengaruh individu tertentu.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, perkara itu penting bagi terus memelihara integriti dan ketelusan dalam tadbir urus negara.

“Kita mahu tindakan dan bukan sekadar retorik,” katanya.